Friday, June 3, 2011

TAHUKAH ANDA?

PEMBUKAAN RASMI BANK NEGARA MALAYSIA  
  • Telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
  • Di kenali dengan Bank Negara Tanah Melayu pada 24 Januari 1959
  • Objektif Bank Negara yang utama- mengeluarkan matawang, menjadi banker dan penasihat   kewangan kepada Kerajaan Persekutuan
HARGA BARANG NAIK!!!! INFLASI TERKAWAL? KESAN PADA KESIHATAN???

Terbaru harga gula naik!! Nasib baik Kerajaan kekalkan harga petroleum.... kalau tidak?? Fikirkanlah bebanan yang terpaksa ditanggung oleh semua unit ekonomi........Pengeluar barangan, Kerajaan dan mangsa keadaan semestinya isirumah..... kita pengguna. Jadi sebagai pengguna amalkan pendekatan jimat-cermat yang memang biasanya diamalkan. Beli mana yang perlu dahulu........sebenarnya kita sendiri perlu merancang dan kita sebenarnya ada kuasa yang sememangnya terletak ditangan kita sendiri..... peniaga mana yang nak rugi? Setiap kali kenaikan harga barang terutamanya barang kawalan akan disusuli kenaikan harga barang lain.......bayangkan di JB sahaja harga makan sepinggan nasi goreng kampung mencecah RM 5, pelawat dari luar JB mesti terperanjat dengan harga makanan... tp bg org JB mereka kata NORMAL lah tu...... dah biasa. Nak buat macamana... nak salahkan taraf hidup pula....ada yang kata kebanjiran warga Singapura penyebabnya...walau seribu alasan kita balik ke asal..... kuasa beli ditangan kita.....kita ukur kuasa wang yang ada dengan keperluan dan kehendak kita...... jangan jadikan diri kita hamba duit... biar kita control duit kita.... Baru celoteh pasal harga makanan.....soal harga gula naik tadi.... kita kurangkan minum minuman bergula lah kesimpulannya.. mana taknya 1 sudu teh gula = 5 gram, 20 kilokalori(kkal) tenaga terhasil...kalau berpuluh-puluh diletakkan dalam makanan dan minuman kita...kalau tak bersenam jenis macam cikjal ni macam mana agaknya.. bayangkan masa tua kita nanti berpusu-pusu beratur ke klinik atau hospital.... kesihatan pun kena maintain jugalah...minum air kosong 6 - 8 gelas sehari,bagi pelajar cikjal galakkan bawa bekal air ke sekolah,makan buah-buahan, elak makan snek & minuman bergas sebelum waktu tidur........  coretan dari cikjal

0 comments:

Post a Comment